Tarikh : 03 & 05 Disember 2024 Masa : 0200 petang – 0430 petang Lokasi : NADI Pekan Kapit |
Tujuan : Webinar Keusahawanan yang dianjurkan oleh MTDC ini merupakan sambungan Webinar Keusahawanan Chapter 1 & 2 yang diadakan pada bulan Oktober 2024. Webinar ini bertujuan meningkatkan dan memberi kesedaran kepada peniaga / usahawan dalam menjalankan perniagaan mereka.
Aktiviti : Webinar ini dihadiri oleh peniaga / usahawan yang pernah berdaftar untuk Chapter 1. Pada tarikh tersebut, peserta telah menyertai Webinar Keusahawanan : Strategi Pemasaran, Rancangan Perniagaan, E-Invoice dan Pematuhan Perniagaan. Webinar yang dijalankan secara atas talian ini banyak membantu para peserta menimba ilmu berkaitan dengan keusahawanan.