Soalan Lazim
| 1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan NADI ? | ||||||
|
J: NADI adalah singkatan kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). |
||||||
| 2. S: Berapakah NADI diletakkan di 1 DUN ? | ||||||
|
J: Di bawah aspirasi 1 DUN 1 NADI, 188 NADI baharu sedang dibangunkan. Daripada jumlah tersebut, 154 NADI telah siap dan beroperasi setakat 31 Disember 2024. Baki 34 NADI baharu kini sedang dalam fasa pelaksanaan. Ini menjadikan jumlah NADI yang sedang beroperasi setakat ini adalah sebanyak 1065 NADI. Menjelang suku pertama 2025, sebanyak 1,099 NADI dijangka akan beroperasi di seluruh negara. |
||||||
| 3. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek NADI? | ||||||
| J: Proses pelaksanaan NADI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender. | ||||||
| 4. S: Dengan siapakah saya perlu berurusan sekiranya ingin menggunakan NADI ? | ||||||
| J: Komuniti boleh terus berhubung dengan petugas NADI di kawasan yang berdekatan mereka. | ||||||
| 5. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI? | ||||||
| J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. | ||||||
| 6. S: Apakah itu Perkhidmatan Pintar di NADI ? | ||||||
|
J: Perkhidmatan Pintar NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) ialah inisiatif Kementerian Komunikasi yang disusun semula oleh MCMC untuk menyediakan capaian internet dan teknologi, bertujuan meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan komuniti melalui lima teras utama : keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesedaran, perkhidmatan digital, dan teknologi komunikasi. |
||||||
| 7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi NADI ? | ||||||
|
J: Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. |
||||||
| 8. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di NADI? | ||||||
| J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. | ||||||
| 9. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di NADI? | ||||||
| J:Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. | ||||||
| 10. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di NADI. Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan? | ||||||
| J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus NADI yang berhampiran untuk keterangan lanjut. | ||||||
| 11. S: Apakah perbezaan di antara NADI dengan cybercafe sediada? | ||||||
| J: Setiap penggunaan komputer NADI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna. | ||||||
Sumber : https://www.nadi.my/