TAKLIMAT PEMBELIAN DALAM TALIAN

Laporan Aktiviti | July 21, 2026
ProgramNADI Kesedaran : Kempen Internet Selamat (KIS)
Tarikh9 & 10 Julai 2026
TempatNADI Pekan Kapit
PesertaEnam peserta

Sesi taklimat kesedaran melalui Kempen Internet Selamat (KIS) telah dilaksanakan di NADI Pekan Kapit yang disertai oleh enam peserta terdiri daripada pelbagai umur. Taklimat kesedaran Pembelian Dalam Talian yang dilaksanakan secara atas talian adalah bertujuan melindungi pengguna daripda penipuan siber dengan mempromosikan “5S Pembelian Dalam Talian :” iaitu: Semak (penjual/ulasan), Selidik (harga), Selamat (platform/pembayaran rasmi), Simpan (resit/bukti transaksi) dan Stop (berhenti jika meragukan). Sesi taklimat kesedaran ini disertakan dengan sesi kuiz bersama peserta.