Tarikh : 30 November & 01 Disember 2024
Masa : 0900 pagi Lokasi : NADI Pekan Kapit |
Tujuan : Penganjuran pertandingan e-sukan di antara NADI Peringkat Negeri Sarawak adalah dibawah salah satu program perkhidmatan pintar NADI. Pertandingan E-Sukan ini telah berlansung selama 3 bulan bermula dari awal bulan Oktober dan berakhir pada 01 Disember 2024. Program E-Sukan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti khususnya belia yang mempunyai minat dalam bidang e-sukan. Bidang E-Sukan ini bukanlah sekadar salah satu hobi untuk mengisi masa lapang sahaja , namun dapat menjadi salah satu industri profesional yang mampu berdaya saing dengan industri lain. Bidang E-Sukan sekarang banyak membuka peluang kerjaya kepada golongan belia yang mengambil serius dalam bidang ini.
Aktiviti : Pada 30 November 2024, peringkat saringan semifinal bagi Top 8 Wakil NADI Sarawak telah bertanding dan Wakil NADI Pekan Kapit telah mara kepada semifinal yang diadakan pada 01 Disember 2024. Usaha gigih Wakil NADI Pekan Kapit telah melayakkan mereka mara kepada Grand Final dengan merebut gelaran Juara dan Naib Juara. Wakil NADI Pekan Kapit telah berjaya meraih gelaran NAIB Juara dengan bertanding dengan NADI Telian Ulu.