NADI Pekan Kapit, Mei 2025 – Saringan kesihatan percuma telah diadakan di NADI Pekan Kapit yang merangkumi pemeriksaan bacaan paras gula, tekanan darah, ketinggian dan berat badan.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemantauan kesihatan secara berkala serta menggalakkan amalan saringan kendiri untuk pengesanan awal penyakit seperti diabetes dan hipertensi. Saringan kesihatan kendiri penting bagi memastikan tindakan awal dapat diambil sebelum penyakit menjadi lebih serius, sekaligus membantu meningkatkan kualiti hidup individu.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat yang menyokong inisiatif kesihatan secara percuma di NADI ke arah gaya hidup sihat.