mcmc
Laporan Aktiviti

Program Rakan Mahir: Skill for Life@ Parlimen Kapit

Tarikh : 15 November 2024

Masa : 0900 pagi – 0100 tengahari

Lokasi : NADI Pekan Kapit

Anjuran : Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit

 

Tujuan : Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Peserta diajar menggunakan aplikasi Canva untuk mencetak dokumen dalam format PDF, invois, risalah serta grafik untuk siaran di platform digital seperti infografik dan rekaan laman web. 

Aktiviti : NADI Pekan Kapit telah berkolaborasi dengan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagain Kapit sebagai Tenaga Pengajar untuk melaksanakan Kursus Asas Canva yang disertai oleh 20 orang peserta khususnya belia lingkungan umur 18 tahun – 30 tahun yang terdiri daripada pelajar Giatmara Kapit, lepasan pelajar dan juga surirumah tangga.