mcmc
Aktiviti Semasa

Program Pasca UPSR 2019

Program Pasca UPSR 2019

6 November 2019

 

Pada 6 November 2019, Pusat Internet Pekan Kapit telah menerima lawatan dari SK Rantau Panjai untuk Program Pasca UPSR 2019 yang diadakan bagi tujuan untuk memperkenalkan asas komputer kepada murid-murid. Program tersebut disertai oleh 10 orang murid-murid Tahun 6 dan 2 orang guru pengiring dari SK Rantau Panjai iaitu Encik Abdul Fattah dan Cik Melissa Mak. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang pengunaan asas komputer dan cara mengunakan komputer dengan betul disamping memberi pengalaman kepada murid-murid dalam menggunakan komputer.

Program ini mampu meningkatkan serba sedikit pengetahuan peserta tentang pengunaan komputer dan internet, dan mampu mendidik peserta agar lebih celik dalam menggunakan komputer. Program ini secara tidak langsung mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan meransang minda peserta agar lebih “celik IT” selaras dengan perkembangan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan pengunaan ICT.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan: