mcmc
Laporan Aktiviti

Program NADI2U di SK Kampong Baru

Tarikh : 19 Disember 2024
Masa : 0300 petang – 0500 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampong Baru
Peserta : Warga Pendidik & Pelajar

Tujuan : Mengadakan Program NADI2U iaitu memberi taklimat pengenalan NADI serta perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI kepada komuniti khususnya yang berkaitan dengan sekolah. Di samping itu, taklimat NADI Kesedaran Siber turut dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia digital.

Aktiviti : Mengadakan taklimat berkenaan dengan Kenali NADI dan Perkhidmatan Pintar di NADI bersama warga pendidik dan pelajar SK Kampong Baru, Kapit. Tambahan pula, Kluster NADI Kapit turut mengadakan taklimat berkenaan NADI Safe & Shield kepada pelajar. Turut diadakan juga sesi soal jawab bersama pelajar dan guru-guru SK Kampong Baru.