Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini menumpukan kepada program sukarelawan ICT Malaysia (MIV). Pada 5 September, seramai 4 orang peserta dikalangan remaja berumur 18-30 tahun telah menyertai program MIV di Bilik Latihan Pusat Internet. Program ini dijalankan secara atas talian iaitu ‘Video Conference’ menggunakan Microsoft Team.
Program sukarelawan ini membantu mendidik lebih ramai komuniti yang mampu memajukan dan menghasilkan aplikasi serta perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi manfaat kepada kehidupan seharian. Sukarelawan juga diajar cara-cara membimbing komuniti setempat dalam penggunaan ICT yang lebih positif agar dapat membendung masalah penggunaan kemudahan teknologi seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya.
Program ini memanfaatkan peserta dalam membantu memberi kesedaran kepada komuniti setempat akan betapa pentingnya menggunakan internet dengan positif dan kekal selamat.
Berikut adalah gambar-gambar semasa program dijalankan:

