mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KHAS HARI MERDEKA @ HARI MALAYSIA DI NADI

Program NADIProgram Khas Merdeka & Hari Malaysia di NADI
Tarikh / Masa07 September 2025 , 10:00 pagi -04:00 petang
TempatNADI Pekan Kapit

NADI Pekan Kapit – Pada 07 September 2025 (Ahad), telah berlangsungnya Program Khas Merdeka & Hari Malaysia di NADI Pekan Kapit. Pelaksanaan Program Khas Merdeka ini telah dijalankan serentak di NADI. Penganjuran program ini bertujuan bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat setempat melalui pelbagai pengisian menarik.

Antara pengisian menarik yang diadakan semasa Program Khas Merdeka di NADI Pekan Kapit ialah:

Aktiviti yang dijalankan:

  • Pelaksanaan saringan kesihatan kendiri secara percuma.
  • Taklimat Kesedaran E-Sukan.
  • Jualan pameran Usahawan – Usahawan NADI.
  • Pertandingan Mewarna sempena Hari Merdeka.
  • Pertandingan Menghiasi Masakan bertemakan kemerdekaan.
  • Taklimat Pengenalan Perkhidmatan Pintar NADI.
  • Tayangan Hari Kemerdekaan Malaysia.
  • Siaran langsung bersama YBM Menteri Komunikasi.