| Program NADI | Taklimat Kesedaran September 2025 |
| Tarikh / Masa | 18 September 2025, 0300 pm- 0500 pm |
| Tempat | NADI Pekan Kapit |
NADI Pekan Kapit – Taklimat Kesedaran yang diadakan secara bulanan ini disertai oleh golongan komuniti pelbagai umur. Topik-topik yang dibincangkan untuk September 2025 adalah Pengantunan Siber dan Berita Palsu. Taklimat diadakan secara atas talian di NADI Pekan Kapit. Taklimat Kesedaran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman pengantunan siber dalam kalangan kanak-kanak, serta sebaran berita palsu yang berleluasa sekarang. Taklimat ini bertujuan untuk melahirkan pengguna teknologi yang bertanggungjawab, dan memberi pemahaman tentang amalan terbaik untuk melindungi diri sendiri kita dan memupuk sifat kawal selia kendiri semasa melayari Internet.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang taklimat kesedaran adalah:
- Sesi soal jawab secara langsung bersama penceramah.
- Sesi interaktif kuiz sepanjang dua sesi.