| Program NADI | Taklimat Kesedaran Ogos 2025 |
| Tarikh / Masa | 21 Ogos 2025 / 3 pm – 4.30 pm |
| Tempat | NADI Pekan Kapit |
NADI Pekan Kapit – Taklimat Kesedaran yang diadakan secara bulanan ini disertai oleh golongan komuniti pelbagai umur. Topik-topik yang dibincangkan untuk Ogos 2025 adalah Taklimat Buli Siber dan Taklimat Pembelian Dalam Talian. Taklimat diadakan secara atas talian di NADI Pekan Kapit. Taklimat Kesedaran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman penipuan dalam talian dan keselamatan siber, melahirkan pengguna teknologi yang bertanggungjawab, dan memberi pemahaman tentang amalan terbaik untuk melindungi maklumat peribadi serta organisasi daripada ancaman siber seperti penipuan dan sindiket scam.
Aktiviti yang dijalankan:
- Peserta mendengar taklimat kesedaran Buli Siber dan Pembelian Dalam Talian.
- Peserta menyertai Kuiz Taklimat Kesedaran.