mcmc
Maklumat Am

DAERAH KAPIT, SARAWAK

Demografi Kapit 

Bahagian Kapit (dahulunya dikenali sebagai bahagian Ketujuh) meliputi kawasan pedalaman selepas bahagian Sibu. Luas kawasannya adalah 38,934 km persegi. Kawasan pentadbiran bahagian Kapit merangkumi daerah Kapit, Song, Belaga, dan Bukit Mabong. Keempat-empat daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kapit. Jumlah penduduk di bawah pentadbiran majlis daerah ini berdasarkan banci tahun 2000 adalah 98.842 orang. Jumlah penduduk untuk daerah Kapit sahaja berjumlah 56, 709 orang. Majoriti penduduk  untuk daerah Kapit terdiri daripada kaum Iban, diikuti kaum Cina dan Melayu. (sumber: Pejabat Daerah Kapit)

Kira-kira 88.4% daripada penduduk di Bahagian Kapit menetap di kawasan pedalaman dan 57.4% menetap di Daerah Kapit. Masyarakat Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dengan peratusan penduduk sebanyak 67.4% diikuti oleh kumpulan etnik kecil lain seperti Orang Ulu 18.7%; Cina 6.7%; Melayu 3.4% dan Melanau 1.2%. Terdapat kira-kira 564 buah rumah panjang di Bahagian Kapit. Kebanyakan rumah panjang tersebut terletak di sepanjang sungai-sungai utama. Aktiviti utama atau aktiviti ekonomi penduduk di Kapit ini adalah terlibat dalam sektor pembalakan dan pertanian (sara diri dan pindah). Manakala bagi masyarakat Cina pula membuka perniagaan seperti kedai runcit, kedai makan dan sebagainya. Pekan Kapit terletak di tepi sungai Rejang. Ia boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres atau menggunakan jalan darat dari bandar Sibu. Perjalanan mengambil masa 3 jam dari bandar Sibu menggunakan bot ekspres atau jalan darat. 

Parlimen Kawasan Kapit 

Parlimen


Kawasan

Nama Ahli Parlimen

P.215

Kapit

Datuk Alexander Nanta Linggi

P.216

Hulu Rajang

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong

 DUN Kawasan Kapit

Kod

Kawasan

Nama Ahli Dewan Undangan Negeri

N.61

Pelagus

YB Encik Wilson Nyabong Anak Ijang

N.63Bukit GoramYB Jefferson Jamit Anak Ijang

N.64

Balleh

YB Nicholas Kudi Anak Jantai Masing