| KISAH KEJAYAAN: PERKHIDMATAN PINTAR NADI Q2 2025 |
| Nama Ahli | Puan Jenny Panggau |
| Perkhidmatan Pintar NADI | Keusahawanan : EmpowerHer |
Q2 2025 – Puan Junai Kebang merupakan ahli NADI Pekan Kapit yang aktif dalam keusahawanan di NADI. Beliau aktif mengikuti kelas dan program keusahawanan yang dianjurkan di NADI. Beliau mempunyai perniagaan penjualan kraftangan dan produk kesihatan serta kecantikan.
Beliau telah menyertai perkhidmatan pintar bagi Keusahawanan di NADI. Beliau merupakan salah seorang Usahawan Cohort di NADI dimana beliau melaksanakan perjalanan-perjalanan yang dianjurkan oleh bahagian keusahawaan NADI. Beliau mengikuti Webinar Keusahawaan seperti Asas Perniagaan, Asas Kewangan, Podcast NADIPrenuer dan juga Video Pra Keusahawanan.
Pada 23 dan 24 September beliau telah terpilih untuk menyertai bootcamp di Sibu sebagai wakil dari NADI Pekan Kapit. Semasa program bootcamp, mereka telah diajar bagaimana mengadakan proses business pitching untuk pemilihan ikon usahawan NADI yang akan terpilih ke peringkat seterusnya.





