| Program NADI | Webinar Kidventure: Operasi Perniagaan |
| Tarikh / Masa | 20 September 2025 , 10 pg- 11pg |
| Tempat | NADI Pekan Kapit |
NADI Pekan Kapit – Pelaksanaan Webinar : Operasi Perniagaan KidVenture Cohort 6 pada 20 September 2025 (Sabtu) di NADI Pekan Kapit secara atas talian. Objektif utama webinar operasi perniagaan adalah untuk memupuk semangat dan pengetahuan keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun) melalui pembelajaran interaktif tentang asas perniagaan. Pelaksanaan program ini bertujuan mendedahkan usahawan cilik kepada dunia keusahawanan dan mebina kreativiti mereka untuk mengendalikan aktiviti perniagaan.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang webinar operasi perniagaan adalah:
- Sesi soal jawab secara langsung bersama penceramah KidVenture Kumpulan 2.
- Sesi interaktif merancang operasi perniagaan bersama penceramah.
- Sesi kuiz bersama penceramah.