mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT OKTOBER 2025

Program NADIKempen Internet Selamat
TempatSekolah Kebangsaan Nanga Merit, Kapit
Tarikh / Masa28 Oktober 2025, 0900 pagi

Pada 28 Oktober 2025, Kempen Internet Selamat telah berjaya dilaksanakan di SK Nanga Merit, Kapit, anjuran NADI Kluster Kapit Song dengan kerjasama MCMC Bahagian Sibu serta Sekolah Rendah Zon Pelagus.

Kempen ini bertujuan mendidik murid sekolah rendah tentang kepentingan penggunaan internet secara bijak, selamat dan bertanggungjawab, di samping membentuk kesedaran awal terhadap risiko dalam dunia digital masa kini. Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk Taklimat Kempen Internet Selamat berasaskan Modul 7–9 tahun dan 10–12 tahun, aktiviti “Internet Seperti TV”, “Hak dan Tanggungjawab”, serta permainan interaktif “Musang dan Ibu Ayam” yang membantu pelajar memahami konsep keselamatan dalam talian dengan cara yang menyeronokkan.

Selain itu, peserta turut menyertai Tepukan Internet Selamat sebagai simbol komitmen menjadi pengguna internet yang beretika. Program ini turut diserikan dengan pencalonan Ikon Kapten KDAT bagi setiap sekolah terlibat di Zon Pelagus, sebagai pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan teladan baik dalam penggunaan teknologi digital. Kempen ini diharap dapat melahirkan generasi celik digital yang beretika, berwaspada dan bertanggungjawab dalam dunia siber.

LIHAT GAMBAR