mcmc
Laporan Aktiviti

Kempen Internet Selamat (KIS)

Program : Kempen Internet Selamat (KIS)

Aktiviti : Laman Tidak Selamat, Peranti Terancam & Virus Digital, Ancaman Nyata

Tarikh & Masa : 9 Jun 2025 ,0300 – 0500 petang

OBJEKTIF DAN AKTIVITI PROGRAM

NADI Pekan Kapit – Program NADI x Taklimat Kesedaran iaitu Kempen Internet Selamat (KIS) adalah inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta mempromosikan inisiatif NADI kepada pelajar.

NADI telah mengadakan taklimat atas talian berkaitan dengan “Laman Tidak Selamat, Peranti Terancam” dan “Virus Digital, Ancaman Nyata”. Taklimat NADI Safe & Shield ini dijalankan secara atas talian dan peserta berada di NADI. Disamping itu, peserta NADI juga turut digalakkan mengikuti kuiz semasa taklimat kesedaran dijalankan.