Kelas Keusahawanan (Latihan Pengendali Makanan)
Masa: 9.00am – 12.30pm
Tarikh: 22 Jun 2024
Latihan Pengendali Makanan ini dijalankan secara atas talian dengan kerjasama NZ BUNGA VENTURE TRAINING AND CONSULTANT. Kelas ini disertai usahawan dan suri rumah yang berumur dalam lingkungan 18 – 50 tahun. Kelas ini berlangsung di NADI Pekan Kapit. Kelas ini diadakan untuk mendidik usahawan yang mempunyai perusahaan makanan dan amat penting untuk mendapatkan lesen pengendali makanan yang sah.
Berikut merupakan gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan: