Pada 18 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti(PIK) Pekan Kapit mengadakan kelas ICT bagi bulan Disember 2020. Kelas tersebut disertai 2 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 17-65 tahun. Salah seorang peserta merupakan warga emas yang berumur 63 tahun. Beliau giat belajar menggunakan teknologi terkini dan berhasrat untuk memperluaskan pengetahuan ICT beliau.
Peserta diajar berkenaan dengan komponen-komponen dan peralatan komputer. Peserta juga diajar menggunakan Microsoft Office. Peserta juga dinilai melalui latihan, pembentang dan laporan melalui tugasan yang diberikan.
Penggunaan internet dan teknologi terkini amat penting untuk membangunkan perniagaan, membuat pengurusan dan aktiviti seharian. Oleh itu, mempelajari ICT tidak mengira batasan usia sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.
Berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan:

