Kursus Asas Komputer dan Microsoft Offices
6 Jan 2020
Dalam era teknologi masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting dalam membangunkan sesebuah komuniti. Hampir setiap orang mengunakan teknologi ini dan teknologi ini berkembang secara berleluasa. Oleh itu, tidak ketinggalan juga ramai pelajar lepasan SPM menghadiri kelas ICT sementara menunggu keputusan SPM yang akan datang.
Peserta diajar cara menggunakan Microsoft Offices, Google Sites dan Google Form. Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menggunakan teknologi masa kini melalui kelas ini. Peserta juga diajar garis panduan keselamatan menggunakan Internet.
Kesimpulannya, kelas mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta agak lebih cekap menggunakan komputer dan software. Seterusnya, memberi kesedaran kepada peserta agar menggunakan Internet dengan selamat. Selain itu, memberi persediaan kepada peserta untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Berikut antara gambar-gambar semasa kelas dijalankan:
