Pada 17 November 2020, Pusat Internet mengadakan kelas asas komputer bertempat di bilik latihan pusat internet. Kelas tersebut disertai 2 orang pelajar lepasan SPM.
Peserta belajar tentang asas komputer, perkakas dan komponen komputer dan juga belajar menggunakan Microsoft Office. Peserta diajar dan dilatih sehingga mahir menggunakan Microsoft Ofiice bagi membuat persediaan untuk menyambung pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Pelajar turut diberikan latihan dan membuat pembentangan untuk menilai kemahiran mereka.
Kesimpulannya, kelas ini mampu membantu peserta dalam membuat persediaan ke alam pekerjaan dan pendidikan pada masa akan datang terutamanya dalam membuat tugasan-tugasan pelajaran.
Berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti diadakan:

