mcmc
Maklumat Setempat

KDB 2020

Program Klik Dengan Bijak

 

Pada 11 september 2020, Pusat Internet Pekan Kapit mengadakan program Klik Dengan Bijak di bilik latihan pusat internet. Program KDB disertai oleh 10 orang peserta berumur dalam lingkungan 17-30 tahun.

Program KDB ini bertujuan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna agar beretika dan prihatin sesama pengguna, menyedarkan pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat semasa melayari internet.

Peserta diajar tentang pentingnya menggunakan internet dengan selamat dan berwaspada dengan jenayah siber seperti buli siber, penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu dan penggodaman. Melalui program KDB ini, peserta dapat mempersiapkan diri menghadapi gelombang teknologi digital yang semakin canggih.

Berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan: