| Program NADI | Pendaftaran MY Digital ID |
| Tarikh / Masa | 10 Julai 2025 / 10 pagi |
| Tempat | NADI Pekan Kapit |
| Folder gambar | https://pekankapit.nadi.my/pendaftaran-mydigital-id/ |
OBJEKTIF DAN AKTIVITI PROGRAM
NADI Pekan Kapit – Pada tarikh 10 Julai 2025, NADI Pekan Kapit telah melaksanakan pendaftaran aplikasi My Digital ID kepada komuniti yang berkunjung ke NADI. Pendaftaran My Digital ID ini digalakkan bagi proses semakan yang pantas untuk laman web MyTax, My STR, My JPJ.
Tujuan pelaksanaan pendaftaran My Digital ID ini adalah untuk menydiakan satu identiti digital yang selamat dan dipercayai bagi memudahkan urusan dalam talian rakyat Malaysia. Ia bertujuan untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan dalam pengesahan identiti semasa mengakses perkhidmatan dalam talian dan melakukan transaksi digital, tanpa menggantikan MyKad, menurut laman web negara.my.