Bengkel Pertandingan Poster Pusat Internet 2020
Pada 21 Ogos dan 23 Ogos 2020, Pusat Internet Pekan Kapit mengadakan bengkel pertandingan poster untuk Pertandingan Poster “Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital”. Bengkel ini disertai 11 orang pelajar berumur 7-17 tahun, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Pekan Kapit pada pukul 2 hingga 5 petang.
Tujuan bengkel ini adalah untuk mengajar peserta bagaimana untuk membuat poster menggunakan aplikasi Canva. Peserta diajar cara mendaftar dan log masuk ke aplikasi Canva, membuat poster di Canva dan memuat turun poster mereka untuk dihantar melalui emel.
Canva memudahkan peserta untuk melakar poster mereka dengan pelbagai reka bentuk, warna dan template. Melalui bengkel poster ini, peserta dapat mengasah bakat mereka dalam membuat poster dan pelbagai reka bentuk kerja melalui aplikasi Canva.
Berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan:


