PROGRAM : NADI x MAHIR JAHIT TARIKH: Sepanjang April 2025 | 09.30 am – 5 pm TUJUAN: Kelas Mahir Jahit yang diadakan sepanjang bulan April ini dilaksanakan oleh NADI Mahir. NADI Pekan Kapit telah terlibat dengan program NADI Mahir Jahit dengan melibatkan sepuluh (10) orang peserta/pelajar terdiri daripada golongan wanita. Tujuan program ini dilaksanakan bagi mengasah bakat dan kemahiran peserta dalam kemahiran menjahit disamping dapat dijadikan mata pencarian sampingan oleh peserta. Peserta Mahir Jahit telah diajar tentang melakar pola baju kurung moden dan juga kain duyung secara atas talian. Disamping melakar pola, mereka juga diajar cara memotong dan melakar pola diatas fabrik. Tambahan lagi, peserta mahir turut diajar bagaimana cara-cara menjahit fabrik dengan mesin jahit yang disediakan di NADI. |
PROGRAM : NADI x DiLea (Program Khas) TARIKH: 12 April 2025 | 2.30 pm – 4.30 pm TUJUAN: NADI x DiLea yang dilaksanakan setiap Sabtu setiap bulan adalah merupakan Program Khas kepada pelajar khususnya Tingkatan 4 dan 5. Program Khas yang dilaksanakan pada 12 April 2025 bertempat di NADI adalah dibawah Subjek Sejarah Edisi 1. Program Khas ini dikenali sebagai Webinar Secara Berkala Subjek Sejarah Edisi 1 yang dilaksanakan oleh Cikgu Faris (Panel Perunding Mata Pelajaran Sejarah Negeri Johor). |
PROGRAM : Short Learning Series- Mahir Foto TARIKH: 12 APRIL 2025 | 2 pm – 4 pm TUJUAN: Program NADI Mahir yang dikenali sebagai Short Learning Series ini adalah pembelajaran mahir satu kali sesi sahaja. Untuk bulan April, SSL NADI Mahir adalah dibawah Mahir Foto iaitu kelas “Tips Untuk Content Creator”. Kelas SSL ini dikelola oleh Studio Mahir secara atas talian dengan menggunakan platform Youtube Live. Kelas SSL ini disertai oleh 2 orang peserta / komuniti dan SSL ini dilaksanakan oleh Pensyarah UiTM iaitu Encik Fahmi Samsudin (Pensyarah Diploma Fotografi UiTM). |