NADI x MAHIR JAHIT MAC 2025 |
---|
Program : NADI x Mahir Jahit Tarikh : Sepanjang Mac 2025 Objektif : Kelas Mahir Jahit yang diadakan sepanjang bulan dalam tahun 2025 ini dilaksanakan oleh NADI Mahir, dan NADI Pekan Kapit terlibat dengan dengan program NADI4U Mahir Jahit. Peserta Mahir Jahit diajar mengenai asas jahitan tangan dan mesin serta pola pakaian. Sebagai contohnya, proses melakar pola Apron. Rumusan aktiviti: Kelas Mahir ini membantu peserta/komuniti mulai mencungkil bakat mereka disamping mengasah kemahiran menjahit mereka |
NADI x MAHIR MASAK MAC 2025 |
---|
Program : NADI x Mahir Masak Tarikh : Sepanjang Mac 2025 Objektif : Kelas Mahir Masak yang diadakan sepanjang bulan dalam tahun 2025 ini dilaksanakan oleh NADI Mahir, dan NADI Pekan Kapit terlibat dengan Mahir Masak. Bagi bulan Mac (Bulan Ramadan), kelas masak memfokuskan kelas bagi masakan Nyonya dan Western serta Dessert. Rumusan aktiviti: Kelas Mahir Masak menjalankan 3 aktiviti Mahir Masak iaitu Masakan Nyonya bersama Puan Florence Tan dalam mempelajari masakan nyonya. Disamping itu, komuniti juga turut diajar cara membuat dessert seperti Quiche Pie dan Shell Tart. |
NADI x E-SUKAN MAC 2025 |
---|
Program : NADI x E-Sukan Tarikh : Sepanjang Mac 2025 Objektif : Program eSukan merupakan satu program di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat yang bertujuan sebagai alternatif Laluan Pendidikan untuk Pembangunan Kemahiran Jati Diri dan Kerjaya melalui eSukan. Rumusan aktiviti: Dalam program E-Sukan, NADI telah menjalankan aktiviti seperti saringan pemilihan Wakil NADI E-Sukan yang akan mewakili NADI. Saringan pemilihan yang disertai oleh 10 pasukan dan dijalankan di NADI Pekan Kapit. Sepanjang Mac juga, NADI turut melaksankan Kelas Kesedaran dan Pensijilan untuk komuniti dan wakil NADI bagi memastikan mereka sedar akan kepentingan E-Sukan ini. |
NADI x SAFE & SHIELD MAC 2025 |
---|
Program : NADI x SAFE & SHIELD Tarikh : 17 Mac 2025 Objektif : Memberi kelas kesedaran kepada komuniti tentang pengantunan dalam talian di kalangan kanak-kanak. Rumusan aktiviti: Kelas Kesedaran iaitu Taklimat pengantunan dalam talian telah dijalankan di NADI Pekan Kapit dan penyertaan daripada golongan lepasan SPM. Taklimat ini dijalankan dari jam 2 petang sehingga 4 petang. |
NADI x BAZAAR RAYA NADI MAC 2025 |
---|
Program : NADI x BAZAAR RAYA NADI Tarikh : 21 – 23 Mac 2025 Objektif : Mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI kepada komuniti disamping memberi peluang NADI Prenuer melaksanakan sesi penjualan. Rumusan aktiviti: Pelaksanaan bazaar raya NADI yang dijalankan serentak seluruh Malaysia membolehkan usahawan / peniaga membuka kedai di NADI. Di samping itu, NADI turut melakukan promosi dan hebahan kepada komuniti yang datang tentang perkhidmatan yang disediakan di NADI. Tambahan pula, sepanjang Bazaar Raya NADI dijalankan, turut dilaksanakan sesi belajar bersama NADI seperti kelas keusahawanan, saringan kesihatan, kelas kesedaran dan sebagainya. |