Pada 1 Mac 2024, Pusat Ekonomi Digital telah ditukar nama dan kini dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang seiring dengan peranan penubuhannya. NADI merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai salah satu daripada inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Objektif NADI adalah terbahagi kepada tiga (3) iaitu seperti berikut :
1. Capaian Internet secara kolektif :
-
- Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif. NADI berfungsi dalam memperkasakan komuniti melalui asimilasi tekonologi dalam kehidupan seharian komuniti.
2. Memperkasa Komuniti :
-
- Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui program yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi komuniti. NADI berfungsi dalam memupuk nilai – nilai keterangkuman untuk meningkatkan kesejahteraan dan potensi kendiri dan seterusnya memberi impak positif kepada kesepaduan dalam komuniti.
3. Sebaran Maklumat :
-
- Menyebarkan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI. NADI menjadi pusat tumpuan dalam mendapatkan maklumat mutakhir bagi menggalakkan transformasi komuniti melalui inisiatif dan bantuan kerajaan.
Perkhidmatan di NADI Pekan Kapit
NADI menawarkan Latihan ICT secara PERCUMA kepada semua pengunjung dan juga Ahli NADI. Antara Latihan/Kursus/Bengkel yang disediakan adalah :
1. Pengenalan asas komputer
2. Asas penggunaan Internet
3. Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran & e-dagang)
4. Dekstop Publishing (Microsoft Office
5. Asas Photoshop / Editing Gambar
6. Digital Learning (Kelas Online, E-Tuisyen)
Selain itu, NADI turut menawarkan perkhidmatan lain seperti internet jalur lebar, perkhidmatan printing, scanning, fotostat, laminate, binding dan juga menyediakan Zon Internet tanpa wayar (Wifi Zone). NADI juga mengajurkan program ICT bersama komuniti untuk pelbagai lapisan masyarakat.