SHORT LEARNING SERIES MAHIR JUN
| Program | SLS Mahir Foto, Pertanian Pintar & Masak |
| Tarikh | 5 Jun 2026 |
| Tempat | NADI Pekan Kapit (atas talian) |
| Peserta | 3 peserta |
SLS Mahir Jun 2026 – Pada 5 Jun 2026 (Jumaat), komuniti NADI telah mengikuti short learning series (SLS) perkhidmatan pintar NADI Mahir secara atas talian di NADI Pekan Kapit. Short Learning Series ini merangkumi 3 NADI Mahir iaitu Mahir Foto, Mahir Pertanian Pintar dan Mahir Masak.
Bagi SLS Mahir Foto adalah pembelajaran Kamera Jadi Duit : Tiktok Affiliate Edisi iaitu sesi ringkas ini sangat sesuai untuk pemula yang ingin cuba bidang content creation secara santai tetapi berpotensi menjana pendapatan.
SLS Mahir Masak adalah pembelajaran Ragout Ayam, dimana dalam sesi, peserta akan belajar teknik asas penyediaan inti ragout ayam, cara membalut dengan kemas, teknik salutan yang betul, serta tips menggoreng supaya hasil lebih cantik dan sesuai untuk hidangan keluarga mahupun jualan kecil-kecilan (produk frozen).
Manakala, untuk SLS Pertanian Pintar adalah pembelajaran Strategi Survival Pekebun: Bebas Racun Dan Baja Import yang mengajar pekebun untuk mengurangkan kos operasi dan kebergantungan kepada bahan kimia mahal. Antara pengisian utama termasuklah Pengurusan Alternatif, Pembuatan Baja Sendiri dan Startegi Penjimatan.