| Program NADI | Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) |
| Tarikh / Masa | 27 Ogos 2025 , 10 am – 11 am 27 Ogos 2025, 3pm – 4pm |
| Tempat | Sekolah Kebangsaan Kapit, Sarawak SJK (C) Hock Lam Kapit, Sarawak |
NADI Pekan Kapit – NADI Pekan Kapit telah mengadakan taklimat Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Kapit dan SJK (C) Hock Lam, Kapit pada 27 Ogos 2025. Taklimat Kempen Internet Selamat ini adalah bertujuan meningkatkan kesedaran peserta tentang ancaman siber, melindungi maklumat peribadi, dan menggalakkan penggunaan internet yang bertanggungjawab. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dan pihak sekolah tentang keselamatan siber, seperti penipuan dalam talian, dan menyediakan mereka dengan amalan terbaik dan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi diri daripada bahaya dalam talian.
Aktiviti yang dijalankan:
- Sesi taklimat bersama pihak sekolah dan pelajar sekolah terlibat.
- Sesi aktiviti Pecah Ruyung dengan melakukan tepukan Kempen Internet Selamat.
- Sesi Soal Jawab bersama pelajar dan pihak sekolah.
- Sesi Bergambar bersama-sama pelajar dan pihak sekolah.