mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Quater 1: Perkhidmatan Pintar

KISAH KEJAYAAN : PERKHIDMATAN PINTAR NADI Q1 2025
Nama AhliPuan Nur Naitasah Abdullah
Perkhidmatan Pintar NADIPembelajaran Sepanjang Hayat: Mahir Masak

Q1 2025 – Puan Nur Naitasah Adbullah merupakan ahli NADI Pekan Kapit yang sangat aktif mengikuti kelas dan program yang selalu dianjurkan oleh NADI. Beliau juga merupakan seorang Usahawan NADI yang mengelolakan perkhidmatan katering. Beliau dibantu oleh ahli keluarganya dalam menyediakan perkhidmatan katering.

Beliau telah melibatkan diri dengan program perkhidmatan pintar NADI iaitu pembelajaran sepanjang hayat ; mahir masak. Beliau merupakan pelajar Mahir Masak NADI bagi ambilan pertama 2024/2025. Beliau seorang yang sangat memberikan komitmen sepanjang kelas mahir masak berlangsung. Beliau mengikuti kelas mahir masak di NADI bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam perkhidmatan katering beliau disamping mengikuti program-program keusahawanan yang dijalankan di NADI. Beliau telah berjaya menghabiskan kelas mahir masak bagi Intake 1 bersama NADI Pekan Kapit dan berhasrat ingin mengambil program Mahir yang lain seperti Mahir Baiki Gadjet.