| CELIK IT Q1 NADI PEKAN KAPIT |
| Nama Ahli | Malenie Rubek Ma |
| Ahli NADI | 2025 |
Q1 2025 – Malenie Rubek merupakan pelajar lepasan SPM pada tahun 2025 dan ingin melanjutkan pelajaran beliau ke aras yang tinggi lagi. Sementara menanti keputusan kemasukan pelajar baharu, beliau telah mengikuti kelas ICT yang diadakan di NADI Pekan Kapit. Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti dan pembelajaran ICT atau Asas komputer di NADI, beliau kurang penguasaan terhadap penggunaan aplikasi Microsoft Office, fungsi Gmail dan juga pendedahan kepada Artificial Intelligence (AI).
Selepas penglibatan dan mengikuti kelas ICT di NADI, beliau boleh menyelesaikan tugasan / modul Intel yang menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau turut mahir menggunakan AI untuk mencari maklumat atau idea yang baharu dengan mudah. Tambahan pula, beliau turut meningkatkan tahap keyakinan beliau dalam pembentangan menggunakan aplikasi Microsoft Office atau aplikasi AI yang lain.





